Pengen tahu profil Member @SMASHindonesia?? Yukk....klik ICON SM*SH di bawah ini ..▼▽▽▼

Senin, 19 Maret 2012

Gelombang SM*SH Melanda Murai Malaysia

lintasberita
Bookmark and Share
Gelombang SM*SH Melanda Murai
KUALA LUMPUR, 14 MAC 2012: Kumpulan pop-dance Indonesia, SM*SH yang sedang dalam rangka promosi muzik mereka ke Malaysia, akhirnya hadir di pejabat portal Murai seperti yang dijanjikan sebelum ini.
Tujuh anak muda yang cuba membawa pembaharuan dalam kancah industri muzik Indonesia ini, hadir untuk memperkenalkan muzik mereka kepada penggemar genre elektro pop-dance di sini. Portal Murai telah menjadi salah satu destinasi mereka untuk rangka promosi selain merapatkan diri dengan pelayar salah satu portal hiburan terunggul di Malaysia ini.
Muncul tepat seawal jam 10 pagi, Rafael, Ilham, Morgan, Bisma, Reza, Rangga dan Dicky ketika ditemui bagaimanapun memohon maaf kerana sebahagian besar dari mereka tidak sihat dan diserang selsema. Paling ketara ialah Morgan dan Ilham yang dilihat sering batuk dan lebih banyak mendiamkan diri.
Kehadiran mereka ke pejabat Murai adalah untuk sesi ramah mesra dengan peminat di laman sosial Facebook selain merakamkan sesi temuramah dengan program TV baru, Propaganza yang akan mula bersiaran di Astro Ria, 18 Mac ini.
SM*SH telah ditubuhkan pada 10 April 2010 dan berbekalkan pakej yang menarik serta bakat menari yang ada, mereka kini telah menjadi satu fenomena di Indonesia .
SM*SH tertubuh setelah tiga dari anggota mereka iaitu Reza, Ilham dan Dicky menjalani satu ujibakat untuk stesen TV di Indonesia. Dari situ bakat mereka telah dikesan oleh pihak pengurusan dan mereka kemudian menambah tiga lagi rakan iaitu Rafael, Rangga dan Bisma untuk menubuhkan kumpulan sendiri. Melalui pihak pengurusan, mereka diperkenalkan dengan Morgan dan mereka bertujuh kemudian digelar SM*SH yang membawa maksud Seven Men As Seven Heroes.
Album pertama mereka telah terjual lebih sejuta unit di Indonesia dan kejayaan ini membuktikan muzik mereka telah diterima masyarakat di sana yang selama ini dimonopoli lagu-lagu dari band-band yang bermain alat muzik dan tidak memfokuskan pada tarian.
Bagi anggota-anggota kumpulan ini, mereka langusng tidak berniat untuk bersaing sebaliknya niat yang mereka ada ialah untuk mempelbagaikan lagi genre muzik yang ada di pasaran sekarang dan kehadiran mereka ke Malaysia adalah langkah awal untuk memperkenalkan muzik mereka di sini.
Selain itu, mereka juga kini telah bekerjasama dengan komposer tempatan, Audi Mok yang telah mencipta 4 buah lagu untuk mereka dan sememangnya menjadi impian SM*SH agar muzik mereka diterima oleh masyarakat di sini.
Blinkie Text Generator at TextSpace.net

0 komentar:

:10 :11 :12 :13 :14 :15 :16 :17
:18 :19 :20 :21 :22 :23 :24 :25
:26 :27 :28 :29 :30 :31 :32 :33
:34 :35 :36 :37 :38 :39
:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =)) Didukung oleh RaCHmantia Blog
:a: :b: :c: :d: :e: :f: :g: :h: :i: :j: :k:

Posting Komentar

Silahkan tinggalkan komentar sobat dengan menggunakan opsi Name/URL. Mohon jangan komentar SPAM ya..! kritik dan saran anda sangat kami butuhkan untuk kemajuan blog ini ♫ ♪ ♪ ♫
salam hangat "Rachmantya Blog"
Terima kasih ☺☺☺

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Koment pake SMILE yuk? Klik "SMILES" diatas..
 
Video Official I Heart You
Video Official Senyum Semangat
Video Official Ada Cinta

smashblast rachmantia Copyright © 2009 Rachmantia Blog SM*SH for Hallo SM*SHBLast